Daisypath Anniversary tickers

Mari Belajar

kata ganti nama

Kata ganti nama diri

kata ganti nama ke dua siri 1

kata ganti nama ke dua siri 2

Kata ganti nama ke tiga

Monday 24 October 2011

GANTI NAMA TUNJUK

KATA GANTI NAMA TUNJUK

 
@ Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu

    atau seseorang. 

  @ Terdapat dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ‘itu’ dan ‘ini’.

Peringatan

 
1.Sebagai penentu, ‘ini’ dan ‘itu’ tidak boleh diletakkan di hadapan kata nama.


2.Elakkan bentuk ajaran yang salah apabila menggunakan kata ganti nama tunjuk ‘ini’ dan ‘itu;.
Contoh :

Kesalahan dari segi kata 


Ayat yang salah
Sejak akhir-akhir itu, dia tidak suka bersembang.
Ayat yang betul
Sejak akhir-akhir ini, dia tidak suka bersembang.
Keterangan
Salah penggunaan kata gati nama tunjuk.




 

Kesalahan dari segi Struktur
 

Ayat yang salah
Ini budak sangat besar.
Budak itu yang jahat telah dirotan oleh ibunya.
 

Ayat yang betul
Budak ini sangat besar.
Budak yang jahat itu telah dirotan oleh ibunya.
 

Keterangan
Salah diletakkan ‘itu’ dan ‘ini’ di hadapan kata nama yang berfungsi sebagai penentu.
Bentuk ujaran yang salah

No comments:

Post a Comment