Mari Belajar

kata ganti nama

Kata ganti nama diri

kata ganti nama ke dua siri 1

kata ganti nama ke dua siri 2

Kata ganti nama ke tiga

Saturday, 15 October 2011

Ganti nama diri

* kata-kata nama yang mengantikan nama diri orang dan bukan orang.
*   terdapat tiga jenis :
            a) ganti nama diri orang pertama
     b) ganti nama diri orang kedua
     c) ganti nama diri orang ketiga


a) Ganti Nama Diri Orang Pertama
        Apabila bercakap, kita menganggap diri kita sebagai    
   orang pertama. Kita memanggil diri kita sebagai :
   aku, saya,hamba,beta, kami, dan kita.  Kami dan kita adalah 
   ganti nama orang pertama untuk ramai.
                     Contoh ayat:
        Amin berdoa, " Aku bermohon keampunan tuhan."
        Baginda bertitah, " Beta hendak bertitah kepada 
        sekelian rakyat."
        Amsyar berkata, "Saya sedang menulis rencana."
        Ayah dan Ibu Izzati menenangkan Izzati dengan berkata, 
        "Kita tidak perlu rungsing." 
        Ketiga-tiga murid itu mengatakan,"Kami yakin cikgu kami 
        sudah sampai." 

        
* Kita adalah ganti nama yang merujuk kepada orang yang bercakap
  bersama dengan orang yang di lawannya bercakap.
  Contoh: 
  Amsyar berkata kepada Arham,"Kita hendaklah segera membersih
  kelas ini sebelum Ustazah Aini sampai." 
  Ganti nama kita merujuk kepada Amsyar dan Arham. 

* Kami adalah ganti nama merujuk orang yang bercakap (pertama) 
  dengan orang lain (ketiga) apabila bercakap dengan orang kedua.
  Contoh:
  Ahmad berkata kepada Amir, " Saya dan bapa saya akan ke Tasik 
  Kenyir. Kami akan memancing ikan."  
  Ganti nama Kami merujuk kepada Ahmad dan bapanya. Bapanya
  adalah orang ketiga. 

Perbezaan antara kita dan kami boleh dijadualkan seperti berikut;
    Ganti nama              Orang yang terlibat
       Kita          saya, aku, beta + engkau, kamu, kalian, anda
       Kami          awak, saya, aku, beta + dia, ia, mereka

   Ganti nama orang yang pertama boleh digunakan sebagai penentu milik kata nama yang terletak sebelumnya, rumah saya, buku aku, jamuan beta , kilang kita, ladang kami.


KATA GANTI NAMA

No comments:

Post a Comment