Daisypath Anniversary tickers

Mari Belajar

kata ganti nama

Kata ganti nama diri

kata ganti nama ke dua siri 1

kata ganti nama ke dua siri 2

Kata ganti nama ke tiga

Monday 24 October 2011

GANTI NAMA UMUM


Kata Ganti Umum
 
# Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata
  ganti tanya seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh 
  bertukar sesiapa.
 
# Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat
  perintah sahaja.
 
 
Kata Ganti Umum
 
*  Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara
   umum
 
*  Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti 
   yang berikut:
 
 

Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Ayat-ayat contoh
apa-apa


1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.
Siapa-siapa
1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana


1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.


Kata Ganti Tak Tentu
sapa-sapa
mana-mana, masing-masing,
seseorang,dan sesuatu
siapa-siapa atau sesiapa


Penggunaannya
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu

No comments:

Post a Comment